DAY TRIP SNORKELING (PAKEJ SEHARI MENYELAM) DI PULAU REDANG






Kami menyediakan pakej kepada anda untuk sehari ke Pulau Redang dengan harga hanya RM120 seorang. Harga tersebut termasuk bot pergi balik, peralatan snorkeling, dan tiket taman laut. Bagi mereka yang terlalu sibuk dengan urusan dan waktu percutian

Redang De'Rimba Chalet


Suasana tenang dipinggir rimba, diserikan dengan pemandangan indah Pulau Redang dari tanah tinggi, keunikan budaya masyarakat perkampungan nelayan dan kepelbagaian aktiviti pantai yang menarik pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup menarik dan

Redang Holiday Beach Villa

Mengenai Pulau Redang


Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri TerengganuMalaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah,Pulau Perhentian BesarPulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnyaputih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Merang ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

Peta Pulau Redang

Pengenalan Pulau Redang


Pulau Redang adalah pulau terbesar yang berada di perairan Terengganu dan berhadapan dengan Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan banyak tempat menyelam dan airnya yang begitu jernih, anda dapat melihat terumbu karang dari atas bot jika keadaan cahaya matahari baik dan tidak mendung. Pulau Redang adalah salah satu taman laut yang telah di wartakan oleh kerajaan Malaysia. Pulau ini adalah sebuah syurga menyelam. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti snorkeling, berenang, scuba-diving, trekking, berperahu dan berkayak.


Long Beach

Pusat Taman Laut